Halaman

Segalanya Bermula Di Sini

Segalanya Bermula Di Sini

Ogos 07, 2014

Asal - usul

Kampung Tok lawit.. mungkin tidak ramai yang tahu, walau ramai yang berulang alik merentasi kampung ini,berbanding jiran iaitu Kampung Kuala Ping. Kadang - kadang sejarah tidak membuktikan apa-apa, tidak menceritakan apa-apa.. apa yang terjadi seolah tidak dapat memberikan pedoman pada generasi demi generasi yang terhasil di kampungku... Kg Tok Lawit kebanggaanku... hehe... mungkin tulisan aku macam pelik, yang tak faham tak payahlah cuba untuk memahami. Asal-usul? Seperti setiap kampung, Tok Lawit mempunyai sejarah tersendiri. Terdapat beberapa sumber tentang asal nama Tok Lawit. Ada yang mengatakan nama orang yang membuka@meneroka kampung ini dan ada yang mengatakan orang itu datang dari Lawit ( setahu aku satu-satunya tempat bernama Lawit ialah Gunung Lawit). Asal- usul bukanlah keutamaan tapi yang penting apa yang ada sekarang. Sedikit cerita lagi, Tok Lawit ( bagi yang belum kenal/tahu) terletak di daerah Hulu Terengganu, Pekan utama ialah Kuala Berang kira-kira 18km lbih kurang 20minit perjalan dengan menaiki kereta.

Februari 05, 2014

Pemula Bicara

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera...
Dimulakan dengan lafaz Bismillah semoga blog SinarTokLawit ini menjadi satu pemangkin dalam menambah kesejahteraan Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Semua berita, sejarah, perancangan bagi Kg Tok Lawit akan dimuat di sini. Salam perkenalan untuk semua.....